Monday, October 13, 2014

Kerajaan Selangor harus Tangani Punca Pencemaran Bekalan Air

Oleh Koh Swe Yong
Naib-Presiden PRM

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mendesak kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk selama-lamanya menyelesaikan pencemaran bekalan air yang dari semasa ke semasa dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran air menyebabkan pemutusan bekalan air kepada khalayak ramai . Akibatnya orang ramai, peniaga dan pihak industri mengalami kesusahan dan kerugian ekonomi.

PRM bertanya, “Mengapakah punca air negeri Selangor seperti Sungai Selangor dan Sungai Langat berkali-kali dicemari sisa buangan industri macam minyak diesel dan cair ammonia, terpaksa bekalan air tiba-tiba diputus, menyebabkan kehidupan orang ramai terganggu, selalu dihantui masalah tiba-tiba keputusan bekalan air, dan rakyat jelata, pihak peniaga dan industri menghadapi kerugian pengeluaran yang besar? ”

Walaupun tindakan diambil oleh kerajaan negeri Selangor untuk merampas tanah pihak yang tidak bertanggungjawab dan mereka dihadap ke mahkamah selepas pencemaran air berlaku, langkah dan tindakan seumpama itu tidak mencukupi untuk menangani masalah pencemaran air selama-lamanya. Kerajaan negeri Selangor harus mengkaji dan mengambil langkah untuk menangani punca asas pencemaran air ini.

“PRM bercadang, kerajaan negeri Selangor menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji masalah pencemaran air secara menyeluruh, bagaimana kegiatan operator industri mencemarkan air? Adakah kilang lain berpotensi mencemarkan air pada masa hadapan? Bagaimana hendak merancang langkah dan pendekatan supaya menghalang kegiatan industri yang akan mencemarkan tadahan air?"

Dengan perbuatan demikian, pencemaran air sungai dapat dihentikan selama-lamanya demi kebajikan dan kemajuan masa depan negeri Selangor.”