Naib-Presiden PRM
Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa penyelidikan dan pembangunan (R&D) tidak dipentingkan ekoran daripada dasar Dr Mahathir setelah dikuasai selama 22 tahun oleh Dr Mahathir. Beliau harus bertanggungjawab terhadap keadaan ini.
Menurut laporan berita, bekas perdana menteri Dr Mahathir mengkritik, penyelidikan dan pembangunan negara tertinggal di belakang negara lain, oleh itu Malaysia mungkin tidak akan mencapai wawasan negara maju pada 2020, kerana walaupun pendapatan warganegara telah meningkat bersama dengan negara maju, tetapi daya produktiviti rakyat masih rendah dan tidak meningkat selari, negara kita masih tidak termasuk dalam golongan negara maju. Contohnya Brunai, negara itu bergantung pada pengeluaran minyak mentah, pendapatan rakyat setanding dengan negara maju , tetapi oleh sebab R&D bidang sains dan teknologi jauh di belakang, negara itu masih bukan negara maju.
Setelah Dr Mahathir berundur, perdana menteri yang menggantinya, iaitu Abdullah Badawi dan Najib Razak, hanya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme dan penswataan Dr Mahathir. Walaupun beberapa rancangan raksasa dikemukakan seperti Kawasan Iskandar di Johor, Koridor Utara dan Timor . Rancangan tersebut serupa dengan pemikiran Dr Mahathir, hanya tumpu pada aktiviti membina struktur fizikal kemudahan asas seperti membina lebuh raya. Matlamatnya untuk merangsangkan keperluan pasaran dalaman, menjaga pendapatan segelintir korporat besar kroni, mengekalkan pertumbuhan lahiriah, dan tidak membantu dalam meningkatkan daya produktiviti rakyat, pendapatan orang ramai juga tidak banyak meningkat, bahkan mengakibatkan penambahan pendapatan terbantut, harga barang melambung naik.
Permainkan catur kuasa manipulasi sentimen perkauman menjaga kepentingan kroni
Di samping itu, untuk mengekalkan dan mengukuhkan pautan pada kuasa supaya pemerintahannya tidak tercabar, sepanjang 22 tahun di tampuk kuasa, beliau sentiasa permainkan catur kuasa, mengubah peraturan dan undang-undang untuk merealisasi kehendaknya, melaksanakan dasar perkauman serta kronisme, menyebabkan penghijrahan tenaga mahir dan cerdik ke luar negara. Pada masa yang sama, beliau mengimport berjuta-juta tenaga pekerja asing yang buta huruf untuk menyambung dasar buruh murah di sektor industri berburuh intensif, dan penggantinya sentiasa menyerap tenaga muda ke perkhidmatan awam membanykkan peluang pekerjaan , demi menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan muda-mudi lepasan institusi pengajian,sampai 80% daripada bajet 2015 dibelanjakan untuk bidang pentadbiran dan tertinggal 20% untuk tujuan pembangunan.
Oleh itu, negara kita tidak bersungguh-sungguh menjalankan R&D. Pada masa dahulu, pendapatan Korea lebih rendah berbanding dengan Malaysia, tetapi kerajaannya mengambil-berat terhadap R&D sains dan teknologi, sekarang telefon bimbit Samsung dapat bersaing dengan i-phone Amerika Syarikat(AS), kereta Korea berupaya eksport ke pasaran antarabangsa. Bagaimana dengan Proton, kereta nasional negara, hanya bergantung pada lindungan kerajaan dan dijual dalam pasaran dalaman. Kita dapati, R&D getah asli Malaysia yang terkenalpun, tanah untuk penyelidikan RRI (Institut Penyelidikan Getah Malaysia) di Sungai Buloh juga diambil alih oleh kumpulan berkuasa yang tamak untuk dijadikan alat cepat datang untung membina bangunan fizikal dan kegiatan biznes. Korporat Korea menentang kerajaannya menyertai TPPA (transpacific partnership agreement) kerana mereka ada menjalankan R&D sendiri, dan tidak mahu tunduk kepada korporat besar Amerika Syarikat serta dikongkong oleh mereka.
Adalah dimaklum, daya produktiviti manusia meningkat dengan perkembangan sains dan teknologi, dan daya ini amat diperlukan memajukan keadaan kehidupan kebendaan kita. Ekonomi AS dapat mendahulukan negara lain, berada di barisan hadapan, semata-mata bergantung pada pelaburan besar di bidang R&D sains dan teknologi. Bagi Jepun, walaupun untuk seketika mempunyai pencapaian yang mengagumkan, tetapi kerana tidak melabur besar dalam R&D, akhirnya daya saingan tidak kekal, sudah lebih 20 tahun ekonominya terjunam ke gaung kemelesetan ekonomi , sehingga kini masih bergelut untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Oleh sebab perdana menteri Najib mengikut jejak langkah ekonomi Dr Mahahir, sudah pasti dasarnya tidak memperuntukkan dan menggalakkan perbelanjaan banyak untuk R&D, kecuali PM Najib mengambil ikhtiar untuk mengubah arah ekonomi, menitikberatkan usaha meningkatkan daya produktiviti tenaga kerja Malaysia. Apabila sumber asli Malaysia habis diguna dan dieksploitasi, masa depan negara ini muram.