Naib-Presiden PRM
Parti Rakyat Malaysia menolak alasan kenaikan harga minyak RON 95 sebanyak 20sen adalah demi kabaikan masa panjang rakyat dan negara, di samping itu mengurangkan subsidi untuk orang kaya dan warga asing termasuk pekerja asing dan PATI (pendatang asing tanpa izin). PRM juga menolak kenaikan harga minyak dibuat kerana tidak ada pilihan dan terpaksa.
Negara kita kaya dengan sumber alam semula jadi. Rakyat rajin. Ada banyak warga bekerja sambilan selepas kerja makan gaji semata-mata untuk menambung kos kehidupan harian tinggi. Dalam keadaan ini, mereka masih menghadapi tekanan hidup yang berat dan sedang melambung naik. Mereka juga hadapi pelbagai masalah social-ekonomi yang semakin runcing. Harga tanaman seperti getah dan minyak kelapa sawit yang terus menurun ke tahap yang amat rendah.
Sebabnya, ini adalah akibat langsung daripada dasar berpuluhan tahun yang dilaksanakan oleh pemerintah yang menjaga kepentingan segelintir kroni kaya raya, sebagai akibat tidak kecekapan dan tidak berkeupayaan dan juga amalan korup, khususnya dasar penswastaan dan rasionalisasi (hapuskan subsidi barangan keperluan harian) di bawah dasar ekonomi neo-liberalisme yang diamal oleh kerajaan UMNO-BN, di mana tanggungjawap kerajaan menjaga kebajikan rakyat dipindah kepada bahu rakyat jelata sendiri.
Pada PRU 13, UMNO-BN berjanji kepada rakyat, jika diberi kuasa semula, UMNO-BN tidak akan menaikkan harga minyak.
Bukankah minyak dibahagi kepada jenis RON 95 Dan RON 97? RON 95 untuk pengguna berpendapatan pertengahan dan RON 97 diguna oleh mereka yang kaya berkereta besar. Lagi pun berapa warga asing yang berada di Malaysia menikmati subsidi minyak RON 95? Berapa pekerja asing dan PATI berupaya mengguna kereta di Malaysia?
PRM hendak mengingati bahawa bekas perdana menteri, Abdullah Badawi, diberikan kepercayaan kuat oleh rakyat kerana beliau berjanji melaksanakan perubahan yang diidam-idamkan rakyat, oleh itu mendapat peratusan kerusi parlimen yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.
Tetapi selepas pilihan raya, beliau tidak membawa perubahan yang dijanji, tidak menghiraukan kesusahan kehidupan rakyat, sebaliknya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme, mengurangkan subsidi, menaikkan harga minyak dengan mendadak, sekali 30sen dan sekali lagi 50 sen, akibatnya harga barangan melambung naik, inflasi berlaku, akhirnya beliau dinyah oleh pengundi pada PRU 12.
PRM berpendapat bahawa demi kepentingan masa depan rakyat, masyarakat dan negara, pemerintah harus menepati slogan, “rakyat didahulukan”, “janji ditepati”, menghentikan pelaksanaan dasar ekonomi neo-liberalisme, melucutkan rancangan penswastaan, mengamalkan pemerintahan yang baik (good governance), bersungguh-sungguh membanteras amalan rasuah dan korupsi, jika pihak berkenaan bilang, mereka telah menang dalam PRK Telok Intan dan Pengkalan Kubor bermakna dasar yang menderitakan rakyat macam kenaikan harga minyak diterima rakyat, pada pilihan raya umum akan datang, mereka pasti rasa kemarahan pengundi kawasan bandar dan kawasan luar bandar.