Friday, May 16, 2014

Majlis Makan Malam Amal PRM

Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan mengadakan satu Majlis Makan Malam Amal pada 7hb Jun 2014 yakni pada hari Sabtu pada jam 7.00 malam di Ttanz Hotel Seafood Restaurant, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Saudara-saudari ahli-ahli PRM adalah dijemput hadir pada jamuan makan malam amal ini yang bertujuan untuk mengumpul sumbangan untuk tabung parti. Tiket untuk jamuan tersebut adalah berharga RM100 setiap satu.

Untuk keterangan lanjut, saudara-saudari bolehlah menghubungi Sdri Dr Rohana di 012-4221255 atau Sdr Raj di 016-3478001.

Saturday, May 3, 2014

Kenyataan Presiden CUEPACS membelakangkan demokrasi

Kami merujuk kepada kenyataan presiden Kongress Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Azih Muda yang mengatakan kakitangan-kakitangan awam yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST adalah pengkhianat negara dan sememangnya patut disingkirkan daripada perkhidmatan awam.

Kami ingin memberikan peringatan kepada presiden CUEPACS itu bahawa kenyataan beliau itu sememangnya tidak bertanggungjawab, menafikan hak-hak para kakitangan awam sebagai rakyat Malaysia dan membelakangkan amalan demokrasi.

Tindakan dan kenyataan Azih itu menggambarkan seolah-olahnya CUEPACS itu adalah seperti sebuah kongsi gelap di mana ahli-ahlinya perlu melafazkan sumpah taat setia membabi buta kepada pemimpin mereka tanpa mempersoalkan apa-apa bentuk dasar dan arahan yang diperturunkan.

Presiden dan para pemimpin CUEPACS perlu diingatkan bahawa kakitangan-kakitangan awam negara ini juga mempunyai hak asasi kemanusiaan mereka, begitu juga dengan presiden dan para pemimpin gabungan kesatuan tersebut. Melakukan sesuatu yang cuba menghadkan hak asasi ahli-ahli kesatuan adalah jelas tidak berpelembagaan dan melampaui batas kemanusiaan.

Ahli-ahli kesatuan adalah juga rakyat Malaysia dan sebagai warganegara Malaysia, mereka punyai hak yang sama seperti kita untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka terhadap mana-mana dasar kerajaan ataupun kegiatan-kegiatan yang difikirkan tidak bersesuaian dengan kehidupan mereka. Selain daripada itu, ahli-ahli CUEPACS ini juga berhak menentukan siapakah yang akan memimpin kesatuan yang mereka anggotai setelah penggal kepimpinan kesatuan sekarang tamat.

Satu lagi persoalan yang ingin kami kemukakan kepada Azih Muda. Siapakah Azih sebenarnya mewakili? Adakah beliau mewakili kira-kira sejuta kakitangan awam seleruh negara ataupun kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikuasai Umno ini? Jika sekiranya presiden CUEPACS itu ingin mewakili kerajaan BN, kami menasihatkan beliau agar meletakkan jawatannya sebagai pemimpin kesatuan sekerja tersebut.

Thursday, May 1, 2014

Bersatulah dengan Kesatuan dan Parti Politik Progresif! Tukar Kerajaan Kapitalis!

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru kerajaan BN memansuhkan undang-undang dan peraturan yang tidak membela nasib kelas buruh negara ini, membenarkan hak kesatuan sekerja kebebasan berorganisasi, serta mengambil tindakan perindustrian (industrial actions) seperti mogok apabila menghadapi penindasan dan eksploitasi atau menuntut kenaikan gaji dan pembaikian suasana pekerjaan, demi mempertahankan hak pekerja.

Parti Rakyat Malaysia juga menyeru parti pemerintah menghentikan pelaksanaan dasar buruh murah (Cheap labour policy ), secara berperingkat mengurangkan buruh pendatang, serta memberikan hak buruh yang sama kepada buruh pendatang di dalam negara ini.

1 Mei ialah Hari Buruh Antarabangsa. Hari perayaan antarabangsa ini merupakan hari cuti am di kebanyakan negara. Pertubuhan buruh serta parti dan organisasi progresif di seluruh dunia mengadakan perarakan dan perhimpunan, tujuan utamanya ialah untuk memperingati dan meraikan kejayaan perjuangan kelas buruh menuntut hak bekerja 8-jam sehari, membaiki suasana bekerja dan kebajikan pekerja. Di samping itu, pekerja juga mengambil ruang 1 Mei menuntut mempertingkatkan gaji dan kualiti kehidupan.

Buat masa sekarang, suasana bekerja dan layanan kelas kerja telah ada perubahan baik di sesetengah negara jika berbanding dengan suasana mogok raksasa pekerja Chicago di Amerika Syarikat pada1886 untuk menuntut hak bekerja 8-jam sehari. Ketika itu, 4 orang pemimpin pekerja digantung sampai mati.

Tetapi layanan kelas buruh berbeza dari sebuah negara ke negara lain, pekerja dan pekerja kanak-kanak negara-negara Dunia Ketiga masih harus bekerja di bawah situasi yang buruk dan masa yang panjang demi mendapatkan sesuap nasi dan gaji yang sedikit, ada di antara buruh ini mengambil jalan membunuh diri kerana tidak tahan tekanan yang amat dahsyat ini. Walaupun nasib buruh di negara yang maju lebih baik, tetapi apabila wujudnya krisis ekonomi, kelas menengah yang terdiri daripada buruh mahir dan profesional juga menghadapi kesusahan, keadaan kehidupan mereka makin hari makin buruk. 

Di Malaysia, kerajaan Perikatan (badan pra-Barisan Nasional) hanya mengisytiharkan 1 Mei Hari Buruh sebagai hari cuti pada tahun 1972. Sebelum itu, meraikan Hari Buruh Antarabangsa adalah tidak dibenarkan dan melanggar peraturan. Kesatuan atau parti politik kiri yang meraikan Hari Buruh ditekan oleh kerajaan Perikatan.

Kini, keadaan pekerjaan kelas buruh negara ini tidak bertambah baik, sebalik telah hilang hak-hak yang dinikmati mereka. Di bawah dasar ‘out-sourcing’, pekerja telah kehilangan kebajikan yang ditawar oleh pihak kilang. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13, BN memerintah, kerajaan BN melaksanakan rasionalisasi subsidi barangan, oleh itu subsidi petrol, gas asli, gula, caj elektrik dll untuk rakyat dikurangkan atau dihapus, cukai GST akan dilaksanakan, kelas buruh perlu hadapi tekanan kenaikan harga barang yang melambung tinggi, kehidupan menjadi lebih susah.

Bagi seorang graduan baru, jika bergaji RM5000 sebulan, sigraduan itu dengan diri seorang langsung tidak mampu membeli sebuah rumah dengan bayaran ansuran. Tetapi kerajaan BN masih terus memberikan subsidi kepada syarikat monopoli, melaksanakan dasar bazir dan korup. Di dalam negara atau di dunia ini, pertentangan antara 1% orang yang berada dengan 99% rakyat yang tertindas kian runcing.

Parti Rakyat Malaysia berpendapat, untuk mengubah nasib kelas buruh yang kian menurun ini, kelas buruh dan rakyat tertindas harus tingkatkan kesedaran dan insaf, harus mengubah perjuangan pekerja yang berkitar pada penambahbaikan ekonomi , bersatulah di bawah kesatuan sekerja dan parti politik progresif, menghala ke perjuangan politik mengubah pemerintahan kelas kapitalis yang tamak, korup dan monopoli. Dengan demikian, kelas buruh dapat mengubah nasib mereka, mengubah dunia ini.

Parti Rakyat Malaysia


人民党20145.1献词

团结起来与进步工会党团改变资本家政府


马来西亚人民党呼吁国阵政府废除不利国内工人阶级法律条文,让工人有自由组织职工会,采取工业行动如罢工的权利,在面对资产阶级压迫和剥削或要求改善工作待遇和条件时,得以捍卫工人权利。

马来西亚人民党也呼吁执政党停止实行廉价劳工政策,逐渐减少外国劳工,并给与国内外国劳工享有同等劳工权利。

51日是国际劳动节。这个一年一度的世界性节日,许多国家定为公共假期。世界各地工人组织和左翼党团都会在这一天举办游行集会,主要目的是纪念并庆祝工人阶级成功争取每日工作8小时,改善工作条件和福利而进行的艰苦斗争。工人在纪念和庆祝时,也要求进一步改善和提高工人待遇和生活素质。

今天,一些国家的工人阶级的工作条件和待遇,比起1886年美国芝加哥工人大罢工,要求实行每天工作8小时的状况,已经有所改善。当时有四位工人领袖因此被判处死邢而被吊死。

但是不同国家的工人阶级遭遇不同,第三世界国家的工人和童工,为了得到微薄的工资,必须在恶劣和长时间的工作条件下争一口饭挣扎求存,获取微薄的工资,有者经受不起恶劣工作压力而自杀。

发达国家的工人条件虽有改善,但是当经济危机出现时,即使是中产阶级的技术和专业人士也面对打击困难,他们的生活条件不断恶化。


在马来西亚,联盟政府(国阵前身)迟至1972年才宣布5.1劳动节为公共假期。在这之前,庆祝国祭劳动节还是非法的。职工会和左翼党团庆祝劳动节要面对联盟政府镇压。


今天,国内工人阶级的工作条件没有得到改善,反而被剥夺许多所享有权力。例如在工作外包的政策下,工人失去享有厂方职工福利。在5.05第十三届大选后,国阵再次执政后,国阵政府实行合理化物价津贴,因此汽油、天然气、白糖、电费等津贴被削 减或取消,新的服务税(GST)将实施,受薪工人阶级必须面对物价高涨的巨大压力,生活更加苦。

现在,一个新的大学毕业生如果月薪5000令吉,靠自己,完全买不起一间分期付款的房屋。但是,国阵政府却继续津贴垄断财团,实行腐败浪费政策。国内以及世界各地,1%富人对99%被剥削人民的矛盾不断尖锐化。


马来西亚人民党认为,要改变工人阶级日愈恶化的局面,必须提高觉悟,必须突破围绕在改善经济条件的斗争,团结在进步工团和政党下,进行政治斗争,改变垄断贪腐的资产阶级执政,才能真正改变工人阶级的命运,改变这个的世界。


马来西亚人民党