Parti Rakyat Malaysia (PRM) mendesak Peguam Negara Abdul Gani Patail segera bertindak mendakwa kelima-lima orang bekas pegawai awam yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Nama mereka disebut dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah PATI di Sabah dan didapati mengeluarkan kad pengenalan (IC) biru secara haram kepada PATI di negeri itu.
PRM tidak bersetuju dan membantah jawapan yang diberikan oleh Peguam Negara semasa beliau membalas pertanyaan pemberita berkenaan mendakwa mereka terlibat .
Menurut berita, Abd Gani berkata, “Sebelum ini mungkin orang bertindak (tanpa perlu) perbicaraan... Dan anda juga menyokongnya.”
"(Akhbar) anda menyokong ISA, jadi janganlah sekarang beritahu saya anda mahu perbicaraan,” katanya ketika ditanya jika bekas tahanan itu akan didakwa.
PRM mendapati Abd Gani silap dan jawapannya tidak dapat diterima.
Dakwa di mahkamah atau bebas tanpa syarat
Ketika ISA dikuatkuasakan, PRM dan banyak pihak semenjak pelaksanaan hingga pemansuhannya membantah dengan sekeras-kerasnya penahanan tanpa bicara dan menuntut ISA dimansuhkan, dan menuntut bahawa “ orang tahanan ISA sama ada didakwa atau dibebas tanpa syarat”, kerana tahan tanpa bicara Akta ini boleh disalahgunakan dan diseleweng.
Selepas lebih 50 tahun ISA dikuatkuasakan, pengalaman penahanan ISA telah membuktikan bahawa penentangan dan tuntutan pemansuhan ISA oleh PRM dan pihak prihatin adalah benar dan tepat, ISA telah disalahgunakan dan akhirnya dimansuhkan pada tahun 2012. ISA dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960.
PRM persoal niat penahanan jenayah dengan ISA
Selama ISA dilaksanakan, PRM pernah menyoalkan niat penggunaan ISA terhadap perbuatan jenayah, seperti kejadian mengeluarkan IC secara haram dan kegiatan haram yang lain. PRM tertanya-tanya dan ragu-ragu akan perbuatan demikian, dan mengesyaki Akta ini diguna untuk menutup sesuatu perbuatan haram yang tidak hendak diketahui umum, dan perkara haram ini adalah terancang dan untuk tujuan tertentu yang dilakukan dengan pengetahuan pihak atasan .
Bagi menjernihkan situasi dan persepsi negatif terhadap laporan RCI dan menegakkan keadilan dan kebenaran, Peguam Negara tidak harus memberi alasan lagi untuk menolak tuntutan supaya mereka yang terlibat dalam laporan RCI dibawa ke muka pengadilan, serta mengarah pihak berkenaan menyiasat individu lain yang terlibat dengan pengeluaran IC biru secara haram.
Koh Swe Yong

Naib-Pengerusi PRM